Skandal LCS: Pemuda Umno gesa SPRM umum segera hasil siasatan

0
2

PEMUDA Umno menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan segera siasatan berhubung isu perolehan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata malah pihaknya juga akan terus mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan.

“Apa-apapun Pemuda Umno tetap berpendirian sebarang salah laku atau jika wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa, SPRM harus segera bertindak atau RCI mesti segera ditubuhkan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman semalam, Asraf Wajdi berkata, ternyata penangguhan projek itu berlaku zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Penerangan mengenai status Kapal LCS oleh CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) syarikat GLC yang mana pencarum atau pemiliknya di kalangan anggota dan pesara Tentera yang juga pemilik Boustead Shipyard yang diberikan kontrak pembinaan 6 kapal bernilai RM9 bilion.

“Penangguhan berlaku zaman PH memerintah 22 bulan. Apa-apapun Pemuda Umno tetap berpendirian sebarang salah laku atau jika wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa, SPRM harus segera bertindak atau RCI mesti segera ditubuhkan,” katanya.

Semalam, Ahmad Nazim memaklumkan pembayaran RM6 bilion daripada nilai keseluruhan kontrak pembinaan LCS dibuat bagi menampung perbelanjaan pembelian hampir semua peralatan diperlukan bagi pembinaan enam kapal berkenaan.

Beliau berkata, nilai keseluruhan kontrak pembinaan LCS adalah sebanyak RM9 bilion dengan progres pembinaan lima kapal berkenaan ketika ini adalah 55 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here