Pearly, Thinaah hadiah emas ketujuh negara

0
3

BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Center (NEC) sebentar tadi.

Kemenangan itu diraih pada aksi final selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8.

Ini juga pingat emas beregu wanita kelima Malaysia dalam sejarah Komanwel sejak gandingan Ang Li Peng-Lim Pek Siah menang pada 2002, diikuti Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pada 2006.

Selain itu, kemenangan mereka ini juga menebus kekecewaan kontinjen negara, apabila perseorangan lelaki, Ng Tze Yong terlepas emas selepas tewas kepada wakil India, Lakshya Sen pada aksi final sebelum itu.

Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 bakal menutup tirainya malam ini selepas berlangsung sejak 28 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here