Pemilik akaun TikTok popular ditemui mati, dipercayai mangsa buli siber

0
2

SEORANG pemilik akaun TikTok popular ditemui mati di rumahnya di Subang Jaya, Selangor pagi semalam, selepas dipercayai menerima komen kebencian bertubi-tubi di akaunnya yang diikuti ramai.

Ibu kepada tiga anak, N Shashikala, 44, dilaporkan ‘dibuli secara siber” berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya di akaun media sosial, lapor Sinar Daily.

Polis masih menunggu laporan bedan siasat untuk mengenalpasti punca kematian.

Menurut seorang pemilik akaun TikTok popular Rose Veronica, anak-anak Shashikala memberitahu ibu mereka tidak boleh bertolak ansur dengan komen negatif di TikToknya.

Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan dia sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.

Videonya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Video terakhirnya tiga hari lalu, mengenai dia memulakan persekolahan di rumah untuk tiga anak perempuannya menggunakan sukatan pelajaran Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen pada video Shashikala, dengan ramai yang menasihati mereka yang tidak dapat menangani komen negatif supaya menjauhi media sosial.

“Hatiku remuk dengan berita itu. Kami fikir anda seorang yang sangat kuat dan berani.

“Damailah engkau di sana. Saya kehilangan kata-kata. Sangat sedih,” kata pengguna aplikasi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here