Lambakan warga Bangladesh bakal cetus masalah kepada negara

0
1

AHLI Dewan Negara, Senator Datuk Seri Armand Azha Abu Haniffah mempersoalkan tindakan kerajaan memastikan pekerja asing warga Bangladesh yang berada di Malaysia kembali ke negara asal mereka.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan perlu menjelaskan tindakan kerajaan bagi mengekang pertambahan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Jika pati terus tinggal dalam negara kita, ia akan menjadi masalah terutama kepada warga kerja tempatan untuk lima hingga 10 tahun akan datang.

“Saya difahamkan jika tujuh peratus (PATI) dibiarkan masuk dan tinggal di negara ini, dalam 10 hingga 15 tahun akan datang kita risau mereka akan melebihi populasi rakyat Malaysia, terutama kaum India,” katanya dalam video di TikTok.

Armand Azha berkata, kerajaan sepatutnya tidak boleh menutup mata dan membiarkan isu pendatang asing demi mematikan masa depan negara terus terjamin.

“Isu ini kita tidak boleh menutup mata dn biarkan ianya berlaku. Sebagai pemimpin saya harus fikirkan masa depan negara, terutama kepentingan rakyat negara kita.

“Jika kita perlu ke pasar borong Selayang, Chow Kit dapat dilihat mereka telah memenuhi kawasan terbabit dan ada yang telah mempunyai perniagaan sendiri. Malah mereka mengawal kawasan itu hingga menimbulkan ketakutan kepada rakyat tempatan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata pendatang asing warga Bangladesh dikenal pasti turut terlibat dalam budaya gangster dalam kalangan kumpulan mereka.

“Ini bagi saya perlu diambil peduli oleh kerajaan terutama pihak berkuasa. Menteri dalam Negeri perlu ambil perhatian adakah mahu perkara ini berleluasa dengan mengambil lebih ramai pekerja asing.

“Sedangkan ramai lagi pendatang asing yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan proses berkaitan pengambilan pekerja warga asing dari Bangladesh sudah bermula dengan permulaan sebanyak 2,000 pekerja akan dibawa masuk.

Katanya, proses membawa masuk pekerja warga Bangladesh itu turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here