LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi belum operasi

0
2

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi, kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Elina Baseri.

Katanya, ujian persampelan yang dijalankan sehingga 6.30 petang ini mendapati tahap pencemaran di muka sauk LRA Sungai Semenyih adalah 2 TON, manakala Bukit Tampoi pula 9 TON.

“LRA hanya akan beroperasi apabila tahap pencemaran berada tahap 0 TON, sebanyak tiga kali berturut-turut semasa ujian persampelan air mentah dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 79 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan-kawasan perumahan yang terjejas.

“Sebanyak 20 tangki statik, 10 stesen pengisian setempat, sembilan Pusat Khidmat Setempat, 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna mendapatkan bantuan bekalan air,” katanya.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.-Malaysiapost