Syed Saddiq setuju bekas banduan jadi pekerja hotel

0
2
Syed Saddiq hadir ke IPD Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai kegagalan memakai face mask.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju dengan cadangan untuk mengambil bekas banduan sebagai pekerja hotel.

Beliau yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), berkata semua pihak diseru untuk menghapuskan stigma negatif terhadap bekas banduan kerana golongan itu wajar diberi peluang kedua.

“Dulu semasa di KBS (Kementerian Belia dan Sukan), saya lancarkan projek ‘Yellow Ribbon’ Program untuk beri peluang kedua kepada bekas-bekas banduan.

“Seramai 24,234 bekas banduan dah pun dapat kerja setakat Februari 2020. Berikan mereka peluang dan layan mereka sama rata sebagai pekerja. Bagi mereka hak pekerjaan yang sama rata,” katanya menrusi Facebook.

Syed Saddiq berkata, beliau juga menyeru industri lain turut sama mengambil langkah dalam inisiatif memberi peluang pekerjaan kepada golongan itu.

“‘We are all human beings’. Bukan senang untuk bekas banduan nak kembali ke dalam masyarakat sebagai seorang ahli yang berfungsi.

“Di Singapura, Yellow Ribbon Project dilancarkan sebagai kempen yang berterusan bukan hanya untuk membantu bekas banduan malah ingin memberi kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat terhadapat golongan ini.

“Saya seru juga untuk industry lain untuk ikut sama inisiatif baik ini. Kita semua pernah melakukan kesilapan dan kita layak diberi peluang kedua,” katanya.

Semalam, media melaporkan, sebanyak 30,000 pekerja bagi pelbagai jawatan masih diperlukan bagi merancakkan industri perhotelan selepas kerajaan melonggarkan pelbagai syarat termasuk pembukaan semula pintu sempadan pada 1 April lalu.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid berkata, pelbagai usaha dilakukan pihaknya untuk mendapatkan tenaga baharu selepas sektor itu dibenarkan beroperasi pada fasa peralihan ke endemik.

Menurut Shaharuddin, selain bekas banduan, mereka juga merancang untuk mengambil pekerja parol, pemegang kad Orang Asli dan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk mengisi kekosongan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here