MAHKAMAH Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapor Sinar Harian.
Keputusan majoriti itu dipersetujui Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi manakala Datuk S Nantha Balan pula menentang.
Sebelum ini, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dengan anak kelahiran luar negara, pada 9 September 2021, berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi terhadap ketiga-tiga perayu. – Malaysiapost

