PRU15 selepas bajet tak semesti beri kelebihan kepada pemerintah

0
2

SEORANG pemimpin PAS seakan memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lazimnya kerajaan yang memerintah akan membentangkan belanjawan bagi tahun akan datang pada sekitar Oktober.

Bagaimanapun Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan tidak semestinya PRU selepas pembentangan bajet memberi kelebihan kepada kerajaan yang memerintah.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberi contoh, Barisan Nasional (BN) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kehilangan banyak kerusi di kawasan Melayu pada PRU 1999 tidak lama selepas Bajet 2000 dibentangkan.

“Pada tahun 1999, pembubaran Parlimen dibuat sejurus selepas bajet 2000 dibentang. Hasilnya, rakyat menolak bajet olok-olok seperti itu, dan Dr Mahathir hilang banyak sokongan pengundi Melayu.

“Waktu pembubaran Parlimen termasuk sejurus selepas pembentangan bajet atau tidak adalah hak Perdana Menteri, cuma nak ceritanya pada tahun 1999 ia gagal mendapat sokongan rakyat. Sekadar catatan sejarah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here