Pembelian kondominium mewah FGV, FELDA diberi 14 hari untuk jelaskan – GWGF

0
2

PENGURUSAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diberi tempoh 14 hari, bermula hari ini untuk menjelaskan isu berhubung pembelian kondominium mewah oleh FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV), di London sebagaimana didakwa Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) Mohd Ismail Masri, berkata pihaknya meneliti kenyataan Timbalan Presiden PKR itu yang menyatakan kondominium terbabit melibatkan perbelanjaan sebanyak £60 juta iaitu kira-kira RM330 juta pada tahun 2014 yang dimiliki oleh FIC London Hotel PTE Limited yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI).

Beliau turut menafikan bahawa FELDA memiliki hartanah tersebut yang disifatkan satu pelaburan yang membazir dan mempunyai unsur penyelewengan.

“Susulan itu, GWGF telah mengadakan satu mesyuarat tergempar yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan anak-anak Peneroka dan FELDA.

“Isu lain yang dibincangkan adalah kenyataan Rafizi berkenaan isu pelaburan FELDA di London bernilai lebih RM1 bilion bukan sahaja soal keputusan pelaburan yang membazir (kerana harga yang dibayar terlalu mahal dan dicemari penyelewengan), malah secara rasmi FELDA tidak memilikinya hartanah yang dibeli.

“Rentetan itu, Rafizi telah membuat carian rasmi di Pejabat Pendaftar Tanah UK dan mendapati bahawa mengikut dokumen hakmilik rasmi, sekurang-kurangnya dua hartanah mahal yang dibayar oleh FELDA telah didaftarkan atas nama syarikat berdaftar BVI, yang tiada kaitan dengan FELDA dan pemilik syarikat itu masih tidak diketahui sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata, pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh Rafizi itu turut menjadi tanda tanya generasi Peneroka yang ingin jawapan daripada pihak FELDA.

“Sehubungan dengan itu, Majlis Tertinggi GWGF mendesak Pengurusan FELDA memberikan penjelasan kepada kenyataan Rafizi ini kepada peneroka-peneroka FELDA khususnya serta rakyat Malaysia amnya dalam masa empat belas hari dari sekarang.

“Kegagalan untuk memberikan kenyataan dan penjelasan ini akan memperlihatkan kepincangan Pengurusan FELDA,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here