Lori kontena muatan sardin terbalik punca lebuhraya

0
2

SEBUAH lori kontena muatan tin sardin, terbalik melintangi laluan di arah selatan di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar hingga menyebabkan kesesakan trafik susulan muatannya bertaburan di permukaan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata kemalangan itu menyebabkan laluan menghala arah selatan terhalang sepenuhnya dengan aliran trafik sesak lebih tiga kilometer.

“Untuk makluman, berlaku kemalangan di KM265.9 arah selatan dalam daerah Ipoh membabitkan lori muatan sardin melintang jalan. Laluan ke arah selatan ditutup sepenuhnya.

“Semua kenderaan wajib keluar menerusi di Plaza Tol Kuala Kangsar bagi membolehkan kerja pengalihan lori kontena terbabit dijalankan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Omar Bakhtiar berkata, kawasan kejadian membabitkan daerah pentadbiran Polis Daerah Ipoh, namun pihaknya membantu menyuraikan laluan.

“Polis Kuala Kangsar mengarahkan kenderaan untuk melalui jalan lama (laluan Persekutuan) dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh,” katanya.

Sementara itu, laman Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memaklumkan, laluan kontra dibuka di KM 267.0 hingga 265.1 PLUS arah utara bagi mengurangkan kesesakan, sebelum lencongan kenderaan menghala selatan di Plaza Tol Kuala Kangsar ditutup setakat jam 2.42 petang tadi.

Terdahulu, tular video memaparkan permukaan lebuh raya di kawasan kemalangan yang bertukar warna kepada coklat kemerahan, akibat ribuan tin sardin bertaburan yang digilis kenderaan.

Turut tular gambar beberapa pengguna laluan berkenaan yang mengambil kotak dipercayai mengandungi barangan makanan dalam tin berkenaan. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here