Banjir kilat: Tiada kerosakan dilaporkan di HSA

0
3

TIADA sebarang kerosakan dan gangguan perkhidmatan dilaporkan berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, susulan bencana banjir kilat yang turut membabitkan hospital berkenaan hari ini.

Pengarahnya Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, berkata ketika kejadian berlaku pihak pengurusan hospital mengambil tindakan awal dan segera sebaik air mulai naik disebabkan hujan lebat kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, antara tindakan awal yang diambil adalah membuat pengumuman melalui kaunter mesra kepada pelangan hospital supaya mengalihkan kenderaan masing-masing.

“Palang keluar masuk kenderaan juga dibuka bagi memudahkan Pergerakan kenderaan yang terbabit dan Polis Bantuan hospital turut membantu mengawal aliran trafik dalam kawasan hospital.

“Situasi berada dalam keadaan terkawal dan paras air semakin surut sekitar jam 2.30 petang. Pemantauan berterusan dilaksanakan berhubung kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, banjir kilat yang berlaku adalah paras air naik dengan cepat disebabkan hujan lebat dan parit sekitar kawasan hospital dipenuhi air dan melimpah masuk ke dalam kawasan hospital.

“Air melimpah masuk terutama di kawasan parkir awam di hadapan Poliklinik Pakar.

“Kejadian ini menyebabkan sebahagian kenderaan telah ditenggelami air,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here