Ebit Lew nafi beri 500 iPhone percuma, wang tunai

0
3

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik ‘scammer’ mencipta akaun palsu Facebook dengan menggunakan gambar dan namanya untuk menawarkan wang tunai dan iPhone percuma.

Ebit berkata, pihaknya hanya akan memberi iPhone kepada individu bertuah pada hari tertentu sahaja di cawangan Elewsmart terpilih, serta meminta orang ramai merujuk maklumat di Facebook raminya.

“Fake akaun. Scammer. Bukan FB saya. Penipuan menggunakan nama dan gambar secara salah. Harap jangan tertipu yer. Lebih 10,000 orang like share sekejap.

“Saya bagi iPhone untuk yang bertuah di Elewsmart pada hari tertentu dan sekarang setiap minggu di Elewsmart terpilih.

“Rujuk page rasmi saya. Saya juga tidak pernah buat group telegram,” katanya ringkas di Facebook.

Sejak semalam tular hantaran di sebuah akaun Facebook menggunakan nama ‘Ebit Irawan Ibrahim Lew’ yang mempromosi pemberian 500 iPhone percuma dan wang tunai RM1,000 kepada individu bertuah.

“Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan memberikan 500 iPhone dan RM1,000 kepada mereka yang berkongsi siaran ini dan mengulas perkataan (PILIH SAYA ), sebelum 4 Ogos. Semoga berjaya semua,” tulis hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here