Azeem cipta sensasi di Colombia, lebur rekod 100m kebangsaan

0
3

PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi menggegarkan Stadium Pascual Guerrero, Cali di Colombia apabila meleburkan rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat.

Muhammad Azeem, 18, melakukan catatan itu semasa menjuarai saringan lapan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022, awal pagi tadi.

Catatan itu sekali gus memecahkan rekod 100m kebangsaan, 10.18s dilakukan Khairul Hafiz Jantan ketika meraih emas Sukan Malaysia (SUKMA) pada 27 Julai 2016.

Catatan 10.09s itu adalah kedua terpantas daripada semua lapan saringan awal pagi tadi, di belakang Letsile Tebogo dari Botswana yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan masa 10.00s.

Selepas ini, atlet dari Ipoh itu akan meneruskan saingan di separuh akhir yang akan dijadualkan berlangsung pada jam 4.40 pagi esok.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada Muhammad Azeem atas kejayaan menakjubkan itu.

“Syabas dan tahniah!

“Pelari pecut kebangsaan Muhammad Azeem Fahmi berjaya mencatat rekod baharu 100m kebangsaan (10.09 saat) pada Kejohanan Olahraga Dunia B20 di Colombia!,” tulisnya di hantatan Facebook. – Malaysiapost

https://twitter.com/PejaOfPerak/status/1554246938136301568?t=lAsVkghIuIvUEQbzlAtTFw&s=19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here