Najib berjaya berpura-pura bodoh – Tun M

0
2
kombinasi

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan isu beliau menerima RM2.6 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) adalah tidak sama dengan isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima RM2.6 billion.

Menurutnya adalah amat mengagumkan bagaimana Najib berjaya berpura-pura bodoh dan cuba putar belit isu berkenaan dan cuba untuk menyamakan dengan dakwaan yang dihadapinya.

“Najib cuba untuk menyamakan dengan isunya menerima RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataan Najib.

“Selain itu, dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dan bekas Perdana Menteri, berkata Najib juga telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Pekan itu kini sedang dibicara di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion tersebut.

“Kesemua aliran wang tersebut ada ‘paper trail’ dan ‘digital footprint’ dan kesemuanya terkait dengan Najib.

“Ini berbeza keadaan dengan kenyataan David Tan Siong Sun dari UKSB di dalam mahkamah iaitu duit itu diberi melalui anak saudara saya Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan bukannya kepada saya,” katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan David Tan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Julai lalu semasa perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; saksi pendakwaan David Tan yang juga bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, memaklumkan pihaknya memberi dana RM2.6 juta kepada Dr Mahathir untuk kegunaan politik.

Dr Mahathir menegaskan tiaada bukti duit masuk ke akaunnya atau beliau menerima duit berkenaan atau David Tan melihat duit itu diserah kepadanya.

“Yang ada hanyalah kenyataan David Tan yang bersandar pula kepada lejernya digelar Buku 555.

“Tan Sri Rahmat telah keluar kenyataan nafi dia serah apa-apa duit pada saya. Tan Sri Rahmat juga terangkan dia ada terima wang RM1.3 juta tetapi ini adalah imbuhan untuk jawatan sebagai pengerusi dan penasihat UKSB.

“Dia telah letak jawatan di UKSB tidak lama kemudian dan serah kembali wang RM1.3 juta. Tan Sri Rahmat juga ada surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakannya,” katanya.

Beliau berkata, isu berkenaan adalah amat mudah untuk difahami dan Najib sememangnya faham namun berpura-pura tidak faham kerana dengan itu dia dapat terus bohong dan tipu untuk tutup kesalahannya menyamun wang rakyat.

“Malangnya, dengan berpura-pura bodoh, Najib dapat terus perbodohkan penyokongnya,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here