PKR sifatkan Allahyarham Khalid prihatin rakyat, Bumiputera

0
2

PKR menyifatkan Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia lewat malam tadi sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap masalah rakyat dan nasib Bumiputera.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam kepada bidang korporat, pendidikan dan politik tanah air.

“Saya sampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dengan doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu pagi tadi Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Azizah menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim di Masjid Umar Al Khattab di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur pada jam 11.08 malam tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Selain pernah menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, antara tahun 2008, 2013 dan 2018.

Sebelum menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari 1995 hingga 2003. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here