Al-Jufferi raih gelaran dunia kali keempat

0
3

PENDEKAR negara, Al-Jufferi Jamari meletakkan statusnya sebagai antara pesilat terbaik dunia sepanjang zaman.

Ia susulan kejayaan pesilat berusia 30 tahun itu meraih gelaran dunia keempat peribadi pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di MITC Melaka, malam tadi.

Selepas kali terakhir meraih gelaran dunia pada 2016, Al-Jufferi di sebalik kecederaan dialaminya masih mampu menewaskan jaguh Indonesia, Iqbal Chandra Pratama menerusi keputusan 35-21.

Kemenangan itu adalah penampilan terakhir Al-Jufferi dalam aksi kompetitif sebelum bersara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengucapkan tahniah atas pencapaian luar biasa dipamerkan pesilat negara itu.

“Tahniah buat pendekar negara Al-Jufferi Jamari kerana berjaya dinobatkan sebagai pesilat terbaik dunia buat kali keempat.

“Walau belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, beliau tetap memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Satu semangat perlu dicontohi kita semua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here