Kerajaan patut jadikan 1 Muharram hari peradaban Melayu

0
3

Najamuddin Mohd Nor

PENGANJURAN Festival Hari Peradaban Melayu 2022 mencapai objektifnya untuk mengangkat dan memartabatkan kembali kegemilangan peradaban Melayu agar sentiasa segar serta tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.

Bagaimanapun, Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, festival yang sarat dengan pengisian kebudayaan Melayu itu bukan untuk mengangkat budaya Melayu semata-mata dengan meminggir serta mencemuh bangsa lain.

“Program ini menepis sebarang persepsi yang mengatakan bahawa program ini mengenepikan menepis bangsa lain, program ini mencemuh bangsa lain. Tidak, kita mahu satu hari nanti ia menjadi tarikan pelancong .

“Jadi, kita minta kerajaan mendengar suara orang Melayu yang merindui akan bahasa bangsa mereka, peradaban mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Festival Peradaban Melayu di padang bola sepak akademi KLFA di Cheras, hari ini.

Program yang berlangsung sejak dari pagi lagi dimeriahkan dengan pameran kebudayaan Melayu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan dam aji serta permainan tradisional masyarakat Melayu.

Menjelaskan mengenainya, Aminuddin berkata, pihaknya memang sengaja memilih hari Awal Muharram untuk menganjurkan festival berkenaan.

Justeru, Aminuddin berharap kerajaan membuat satu deklarasi dengan megisytiharkan 1 Muharam setiap tahun sebagai hari peradaban Melayu.

“Dan memohon kerajaan membuat deklarasi setiap 1 muhamaram ini adalah hari peradaban bangsa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin turut meminta kerajaan supaya menyediakan satu bangunan bagi menempatan khazanah peradaban bangsa Melayu.

Disoal jumlah yang hadir pada perhimpunan hari ini, Aminuddin berkata pihaknya sukar untuk memberi angka yang tepat kerana pengunjung “keluar masuk” sepanjang program berlangsung.

“Tak boleh nak anggar (jumlah sebenar) sebab orang keluar masuk, lima ke 10,000 ke kita tak boleh anggar.

“Banyak orang kritik dan mengatakan program ini sudah tidak relevan orang Melayu tak lihat kebudayaan suatu yang penting, hari ini terbukti (tidak benar),” katanya.

Di akhir festival itu, orang ramai yang hadir turut disajikan dengan persembahan pencak silat yang mengambil semangat “Mat Kilau”.

Malah beberapa pelakon Mat Kilau turut hadir memeriahkan program yang buat julung kalinya diadakan itu.

Pengarah popular tanah air, Datuk Yusuf Haslam turut hadir pada majlis itu bersama pelakon veteran A Galak. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here