Tiga individu disyaki dera budak 5 tahun serah diri

0
2

TIGA individu yang disyaki terbabit kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, menyerah diri di Balai Polis Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata suspek membabitkan seorang lelaki dan dua wanita dipercayai ibu serta bapa saudara kepada mangsa, tampil di balai polis kira-kira jam 11.30 pagi.

“Ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 41 tahun terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati ada dalam kalangan suspek berkenaan yang memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Chang Hook berkata, polis akan memohon perintah reman terhadap semua suspek berkenaan, pagi esok dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didapati mempunyai kesan melecur dan lebam dipercayai akibat didera oleh bapa dan ibu saudara sejak Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here