Sendiri mahu ingat! pesan Yusof Haslam kepada orang Melayu

0
2

ORANG Melayu kena berpegang dengan prinsip “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Kata bidalan itu diungkapkan oleh sutradara filem terkemuka tanah air Datuk Yusof Haslam yang berkata, suasana ketidak ketentuan orang Melayu ketika ini adalah berpunca daripada sikap sendiri yang sering berpecah belah dan tidak bersatu hati.

“Pesanan saya, orang Melayu bersatu teguh bercerai kita roboh. Kalau kita bercerai kita akan hadapi suasana yang sama seperti apa yang berlaku dalam pilihan raya dulu. Jadi, sendiri mahu ingat,” katanya.

Yusof ditemui Malaysiapost pada program Hari Peradaban Bangsa Melayu di padang Akademi Bolasepak KLFA, Taman Melati, Kuala Lumpur, hari ini.

Program yang berlangsung sehari itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pembela.

Menjelaskan mengenainya, Yusof menyambut baik program berkenaan yang menurutnya perlu dianjurkan sekerap mungkin bagi membangkitkan kesedaran orang Melayu khususnya kepada generasi muda hari ini.

“Program ini sangat baik, bagus untuk membangkit semangat kesedaran orang Melayu terhadap jati diri masing-masing.

“Terutamanya untuk budak-budak muda lah. Lupa sejarah, lupa tentang perjuangan jati diri tentang ketuanan Melayu dan sebagaimya.

“Bagi saya, kita harus ada majlis begini untuk membangkitkan semangat dan sempena pula filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan hangat,” katanya.

Sementara itu, Yusof yang juga bapa kepada pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof berkata, kejayaan filem Mat Kilau melepasi kutipan RM90 juta telah membuktikan orang Melayu juga boleh mencipta kejayaan seperti bangsa lain.

“Dalam sejarah di mana kita mengatasi filem-filem Hollywood yang menjadi satu kebanggaan, menunjukkan orang Melayu boleh buat sesuatu, boleh buat untuk kita berjaya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here