PM tiada masalah jumpa, bincang isu persefahaman politik – Annuar Musa

0
2

TIADA halangan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbincang dengan rakan politik dalam pentadbiran kerajaan berhubung apa sahaja isu serius, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, apa yang dibangkitkan oleh Perikatan Nasional (PN) kelmarin akan dibincang dalam satu pertemuan tidak lama lagi.

“Saya fikir, ia bukan perkara terlalu rumit dan difahamkan pihak PN akan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat kerana itulah sebaik-baiknya bagi rungkai sesuatu masalah.

“Saya percaya Perdana Menteri dalam apa jua tindakan, akan mengambil kira situasi negara dan kepentingan rakyat terbanyak, soal politik kepartian tidak boleh kita dahulukan” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Khamis lalu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi ‘kata dua’ kepada Ismail Sabri agar tidak mengenepikan ‘persefahaman’ yang dimeterai dengan blok tersebut.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, kenyataan oleh Setiausaha Agung Bersatu itu dipercayai merujuk isu ketiadaan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Parti berkenaan dipercayai menuntut jawatan berkenaan sebagai timbal balas sokongan PN, namun dibantah ramai tokoh Barisan Nasional (BN) kerana ia pun bukan perjanjian rasmi.

Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, seelok-eloknya biarlah ‘duduk bersama’ demi bagi mendahulukan kepentingan negara berbanding lebih mengutamakan masalah remeh kepartian.

“Perdana Menteri tiada masalah pun berbincang dengan mana-mana pihak dalam apa sahaja perkara terutama bersama rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here