Meerqeen antara 100 lelaki terkacak di dunia

0
2

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa sesuai untuk pelakon, Merqeen apabila dirinya dicalonkan TC Candler untuk 100 Lelaki Terkacak 2022.

Selepas menjadi antara pelakon yang paling digilai di Malaysia serta negara jiran ketika ini, Merqeen yang juga hero drama ‘Melur Untuk Firdaus’ ini semakin mendapat perhatian ramai.

Pencalonan untuk 100 Lelaki Terkacak 2022 berkenaan dimuat naik media antarabangsa itu di laman Twitter mereka baru-baru ini.

Untuk senarai tahun ini, Merqeen turut berada sebaris dengan bintang popular dunia seperti Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki, RM BTS, Hrithik Roshan dan ramai lagi.

Merqeen yang memiliki pengikut Instagram sebanyak 1.3 juta, adalah wakil tunggal dari Malaysia bagi kategori berkenaan.

Sebelum ini, pelakon Anna Jobling yang juga heroin drama yang sama tercalon bagi 100 Wanita Tercantik 2022. – Malaysiapost

Kredit foto: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here