Wan Junaidi lapor polis, SKMM akaun telegram digodam

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah membuat laporan polis berhubung isu akaun telegramnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut dibuat untuk siasatan lanjut.

“Akaun Telegram Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam dan disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Laporan Polis (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dibuat semalam, 29 Julai 2022 (Jumaat),” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, akaun telegram Wan Junaidi telah berjaya diambil alih semula.

“Sekiranya pindahan wang telah dibuat, mohon dilaporkan segera kepada PDRM dan SKMM untuk siasatan selanjutnya.

“Sekiranya masih terdapat pesanan yang meminta wang pinjaman, mohon terus menghubungi talian Wan Junaidi untuk pengesahan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Wan Junaidi menafikan bahawa ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.

Menurutnya, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, tular satu mesej daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi menyatakan hasrat ingin meminjam wang berjumlah RM3,000.

Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here