Dipenjara kerana seks bersama mayat pesakit Covid-19

0
2

[Dunia] PADAH menimpa seorang lelaki apabila dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah melakukan seks bersama mayat wanita yang juga pesakit positif Covid-19 di bilik mayat sebuah hospital di Georgetown, Guyana, kelmarin.

Tertuduh, Leroy Chacon, 50, mengaku bersalah memecah masuk ke dalam bilik mayat di Hospital Daerah Pelabuhan Kaituma dan melakukan hubungan seks dengan satu mayat wanita pada 26 September lalu, lapor portal iNews Guyana.

Chacon, penganggur dari Trainline, Pelabuhan Kaituma dihadapkan ke Mahkamah Matthew Ridge menerusi aplikasi video penstriman langsung Zoom berhubung kes itu.

Tertuduh ditahan semasa sedang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pegawai polis yang menahannya juga terpaksa menjalani kuarantin kerana dikhuatiri terdedah dengan pandemik itu.

Berdasarkan laporan polis, mayat yang dirogol oleh tertuduh ialah wanita berusia 56 tahun dan meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi Covid-19

Ujian pemeriksaan ke atas mayat itu selepas ditempatkan di bilik mayat hospital disahkan positif Co­vid-19. – Malaysiapost