Wan Junaidi nafi minta pinjam duit kenalan dalam telegram

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa ada meminta untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.

Wan Junaidi berkata, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu.

Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dan meminta orang ramai tidak terpedaya dengan dengan penipuan berkenaan.

“Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini.Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor saya dalam Telegram itu untuk pinjam duit,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Terdahulu, satu mesej tular daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi susulan ingin meminjam wang berjumlah RM3,000.

Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak.

“Nanti masukkan duit ke akaun bank Public Bank di atas nama Husin bin Abidin dan tulis sebab pemindahan wang atas sebab Wan Junaidi.

“Nanti dah pindahkan duit, hantar salinan resit supaya saya ambil maklum apabila dah masukkan duit dalam akaun saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here