Tak perlu bazir wang rakyat lantik TPM, menteri Bersatu – Razlan

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii ketika keluar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERMINTAAN Bersatu untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri baharu, selain pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLF), tidak bertepatan pada waktu ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Razlan Rafii berkata ini kerana rakyat akan mencaci setiap tindakan kerajaan yang membazir wang rakyat untuk kepentingan individu dalam Bersatu.

“Sudah pasti Perdana Menteri akan menolak (permintaan tersebut),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Razlan berkata Tan Sri Muhyddin Yassin dalam Mesyuarat PN sebelum ini dikatakan telah mencadangkan PN menarik sokongan kepada Perdana Menteri, namun dibantah oleh komponen PN yang lain.

Justeri tegasnya, bukankah itu sudah jelas mahu menikam belakang Perdana Menteri.

“Bersatu adalah punca kepada rakyat diheret ke kancah politik yang kucar kacir,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, PN menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak bersungguh memenuhi terma dalam perjanjian beliau dengan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sehubungan itu PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincang pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here