Pelajar lepasan sekolah perlu bijak rancang masa hadapan – Radzi

0
1

PELAJAR lepasan sekolah disaran supaya membuat perancangan untuk merencana masa hadapan terutama dalam aspek pendidikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata perancangan teliti berserta usaha dan kerja keras sangat penting untuk memastikan mereka tidak menyesal pada kemudian hari.

“Sebagai anak-anak yang baharu sahaja melangkah keluar daripada zaman persekolahan, saya berpesan kepada anak-anak tentang keperluan mempunyai perancangan dalam merencana masa depan, khususnya berkaitan pendidikan.

“Sebagai pewaris masa depan negara, mereka perlu ikhlas dengan apa yang dirancang dan bekerja keras untuk menjayakannya.

“Melalui keyakinan diri, perancangan, keikhlasan, kerja keras dan tawakal kita tidak akan menyesal walau apa pun keputusannya di kemudian hari,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Radzi bertemu kira-kira 1,030 pelajar baharu Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) Banting, malam tadi.

Dalam perkongsian dan dialog selama hampir tiga jam itu, Radzi berkongsi aspirasi kementerian dan cabaran sebagai pelajar.

Dalam pada itu, Radzi turut menasihati pelajar berkenaan supaya memanfaatkan peluang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Ini penting supaya apabila keluar kelak anda semua mampu menjadi seorang yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia yang boleh menyumbang semula kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here