Thor: Love and Thunder sah tak ditayang di Malaysia

0
2

TANDA tanya peminat siri Marvel terjawab setelah disahkan Filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Berita itu diumumkan GSC dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan pembatalan tayangan itu telah diputuskan oleh Disney.

“Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda,” katanya.

Sebelum ini filem Thor: Love and Thunder yang sepatutnya ditayangkan pada tarikh 7 Julai telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan filem itu nampaknya akan terus ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak diketahui.

Filem Thor: Love And Thunder sudah ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Bagi peminat tegar Marvel, ada yang sanggup untuk ke Singapura bagi menonton filem tersebut di pawagam kerana tidak sabar menunggu tempoh tayangan itu ditunda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here