Gerai tanpa penjual masih wujud di Sabah

0
2

SITUASI biasa dalam proses jual beli adalah urusan antara pelanggan dan penjual, namun sedikit kelainan jika di Sabah kerana anda boleh membeli barangan tanpa ada penjual.

Konsep jual beli seperti itu sebenarnya masih wujud terutama di luar bandar, biasanya melibatkan barangan hasil pertanian seperti buah-buahan serta sayuran.

Menerusi perkongsian di Facebook Info Sabah, sistem jual beli di kawasan kampung hanya menyediakan barangan jualan dan tabung di gerai di tepi jalan.

“Sistem jual beli gerai tanpa penjual masih lagi wujud di Sabah.. Selalu kalau kita lalu kampung-kampung kita boleh jumpa gerai yang hanya sediakan tabung dan jualan.

“Memang terbaik orang-orang Sabah,” tulis hantaran itu.

Dalam hantaran itu juga, seorang guru, Zahiruddin Juatin berkongsi pengalaman ketika dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Togop Darat di Ranau.

Beliau perasan ada banyak gerai di tepi jalan sepanjang Jalan Bongkud, Marak Parak hingga ke simpang masuk kampung Togop.

“Pembeli boleh berhenti dan memilih sendiri barang jualan yang diinginkan kemudian boleh membuat pembayaran melalui tabung bayaran harga yang disediakan.

“Kalau mencuri siaplah kamurang. Jangan main-main ya!,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen memuji cara penjual di Sabah berniaga dalam masa sama memupuk nilai kejujuran.

“Cara ini memupuk nilai jujur dan ikhlas. Selebihnya pembeli boleh memberi sedekah juga. Sebab kadang-kadang wang pembeli tidak dapat ditukar serah balik bakinya,” kata On View.

“Jangan berani mencuri kalau tidak balik rumah makan sakit perut. Ingat ye,” ujar Hui Qing Juliana. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here