RUU lompat parti: Pemimpin PKR sindir Dr M tarik ‘katak politik’ selepas PRU14

0
2

SEORANG pemimpin kanan PKR menyindir Bersatu ketika di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusaha untuk menarik ‘katak politik’ menyertai parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berbuat demikian kerana tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Kita jangan lupa, era PH ada usaha Langkawi (Dr Mahathir) haramkan Umno untuk paksa ramai-ramai Ahli Parlimen Umno lompat ke PPBM (Bersatu) dan gagalkan peralihan ke Anwar Ibrahim,” tulisnya di Facebook.

Semalam Dr Mahathir ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat yakin RUU itu dapat melindungi mandat rakyat, yang memilih wakil dan kerajaan.

“Saya percaya RUU ini akan mengakhiri krisis politik yang berlaku sejak dua tahun lalu, yang mana beberapa wakil rakyat melompat parti menyebabkan ‘pihak yang menang kalah dan pihak yang kalah menang’.

“Sekarang, kita kena pinda Perlembagaan negara kerana selepas rakyat memilih kerajaan, ada tindakan beberapa orang melompat daripada parti kerajaan kepada parti lawan.

“Tindakan melompat itu menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat, tidak lagi menjadi kerajaan. Ini bermakna tidak ada demokrasi dalam negara kita kerana orang yang kalah menang dan orang yang menang kalah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here