Bina tugu ‘katak’ kenang tindakan Ahli Parlimen lompat parti

0
1

SEORANG Ahli Parlimen DAP mencadangkan agar sebuah tugu ‘katak’ didirikan di Dewan Rakyat sebagai peringatan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berpaling tadah, apabila undang-undang anti-lompat parti diluluskan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Parlimen semalam.

“Sekiranya RUU ini diluluskan di dewan mulia ini, saya cadangkan satu ‘wall of katak’, wall of (dinding kemasyhuran bagi) Ahli Parlimen yang telah lompat dibinakan di Parlimen ini untuk mengingati tindakan mereka.

“Ini rekod sejarah, seperti pergi ke muzium,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Lip Eng berkata, sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020, beberapa siri Ahli Parlimen berpaling tadah telah membawa kepada dua perubahan kerajaan Persekutuan, yang akhirnya mendorong undang-undang anti lompat dibentangkan di Parlimen.

“Apabila undang-undang digubal, kejadian berpaling tadah seperti itu akan menjadi sejarah.

“Walaupun mereka melompat, tiada nilai (dalam tindakan itu),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here