Polis siasat dakwaan guru dera kanak-kanak austisme 

0
2

POLIS kini menyiasat dakwaan seorang guru wanita yang dikatakan mendera kanak-kanak austisme di sebuah sekolah Pendidikan Khas di Seberang Jaya, Pulau Pinang seperti yang tular di media sosial beberpa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata pihaknya maklum satu hantaran di media sosial membabitkan seorang gambar kanak-kanak perempuan austisme yang mendapat kecederaan di telinga yang didakwa di dera oleh seorang guru.

Menurutnya, satu laporan polis diterima daripada ibu kanak-kanak terbabit pada 19 Julai lalu di Balai Polis Seberang Jaya.

“Hasil siasatan, mangsa adalah kanak-kanak austisme dan telah mengikuti kelas pendidikan khas di sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Seberang Jaya.

“Kejadian disyaki berlaku pada 19 Julai kira-kira jam 9.30 pagi dimana semasa kejadian mangsa dikatakan bertindak agresif dalam kelas hingga menyebabkan beberapa murid lain takut dan menangis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat tindakan tersebut suspek seorang guru wanita berusia 30-an dikatakan telah datang dan memegang kedua-dua belah telinga mangsa untuk menenangkan mangsa.

“Akibat daripada perbuatan suspek itu, mangsa telah mendapat kesan lebam di kedua-dua belah telinga.

Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan.

“Polis menasihati orang ramai supaya perkara ini tidak ditularkan kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan kepada masyarakat,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here