SETELAH diasak dengan pemintaan agar menegur Kasih Iris Leona, pelakon terkenal Azhar Sulaiman akhirnya tampil mengulas penampilan seksi anaknya perempuanya itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Azhar berkata dia dalam dilema namun berlapang dada dengan situasi tersebut.
Pelakon berusi 51 tahun itu memberitahu setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak dan dia juga tidak terkecuali.
“Syukur alhamdulilah, saya ada anak seperti Leona. Ya, dia suka pakai seksi, sudah cakap jangan seksi tetapi tetap bergambar begitu.
“Setiap ibu bapa akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. Anda namakanlah segala masalah yang seorang anak boleh menconteng arang kepada ibu bapanya,” tulisnya di hantaran itu.
Bagaimanapun, Azhar berkata perkara yang ditimbulkan Leona tidak seteruk apa yang berlaku ketika zaman mudanya dahulu.
Tambahnya, apa yang berlaku terhadap anak-anak adalah cerminan hidupnya ketika zaman bujang.
“Pada saya biarlah jadi begini daripada begitu. Jika saya renung semula zaman muda, lebih teruk daripada sekarang.
“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa zaman bujang dulu. Saya reda dan harap dapat menguruskan keluarga dengan lebih baik,” ujarnya.
Sebelum ini, penampilan Leona sering menjadi perbualan warga maya kerana sering memuat naik gambar dan video memakai baju mencolok mata.
Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora , 22, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona yang masing-masing berusia 20 tahun. – Malaysiapost

