PBM bincang kedudukan Paul Yong

0
2

KEDUDUKAN Paul Yong Choo Kiong dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diperhalusi Majlis Tertinggi parti berkenaan  dalam mesyuarat bulanan Jumaat ini.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh sebagai Pengerusi PBM Perak akan dibincangkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

“Sebagai sebuah parti politik yang mendukung kedaulatan undang-undang, kami amat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes Paul Yong.

“Pada ketika ini, pihak kami dimaklumkan bahawa beliau telah dibenarkan untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PBM amat yakin kepada sistem kehakiman negara dan percaya proses perundangan yang dilalui oleh Paul Yong akan berlaku secara saksama dan adil.

Terdahulu Paul Yong didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here