Gangguan elektrik: Perkhidmatan LRT laluan Ampang, Sri Petaling terjejas

0
2

GANGGUAN bekalan elektrik dialami beberapa kawasan di Lembah Kelang turut menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya LRT laluan Ampang/Sri Petaling.

Perkara itu dimaklumkan RAPIDKL menerusi Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Sehubungan itu, RapidKL menasihati penumpang untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan.

“Dukacita dimaklumkan gangguan bekalan elektrik sedang dialami beberapa kawasan di Lembah Klang turut menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya LRT laluan Ampang/Sri Petaling,” kata hantaran itu.

Selain itu, RapidKL menyarankan penumpang untuk menggunakan pengangkutan alternatif.

Beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 12.39 tengah hari tadi.

Selain Lembah Klang, gangguan berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Pahang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here