Kembalikan BN untuk kestabilan politik, kemakmuran ekonomi

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2020314898101388&set=t.100000424527829&type=3

RAKYAT perlu mengembalikan Barisan Nasional (BN) dipimpin Umno untuk menerajui negara jika mahu kestabilan politik yang kukuh dan kemakmuran ekonomi.

Exco Pemuda Umno, Muhammad Faiz Hashim berkata sejarah membuktikan tindakan menukar kerajaan pada 9 Mei 2018 mengakibatkan negara terkebelakang dari segi pembangunan dan gagal merancakkan ekonomi di bawah Pakatan Harapan (PH).

Di bawah PH katanya, dengan dasar balas dendam, banyak pelabur menarik diri daripada menanam modal di Malaysia apatah lagi dasar ketika itu memberhentikan projek mega yang sepatutnya menjana ekonomi rakyat.

“Dalam tempoh setahun di bawah pentadbiran PH, hutang kerajaan meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.

“Rizab antarabangsa Bank Negara jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

“Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Faiz ia sebahagian kegagalan PH yang boleh disenaraikan, bahkan dalam tempoh 22 bulan banyak lagi kegagalan dan kerugian negara.

Pada 2018, beliau berkata hakikatnya Bank Dunia sekali lagi meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2018 daripada 5.2 peratus kepada 5.4 peratus susulan perbelanjaan sektor swasta dan kegunaan persendirian yang kukuh.

“Berbanding KDNK negara pada tahun 2019 selepas pendabiran PH pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019

“PETRONAS misalnya telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

“Ini menunjukkan kegagalan kerajaan PH mengurus sumber ekonomi sehingga terpaksa bergantung dengan rizab Petronas, begitu juga pemansuhan GST mengakibatan kerajaan hilang sumber pendapatan yang banyak bagi membantu rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here