Azzam Sham juara Big Stage 2020

0
2

PENYANYI, Azzam Sham diumumkan sebagai juara program realiti Big Stage 2020 sekali gus merangkul hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Azzam yang menyampaikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade di pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Dia mendapat markah keseluruhan daripada juri dan undian penonton secara atas talian sebanyak 67.85 peratus.

Tempat kedua dimenangi oleh Usop yang menyampaikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Qody Rany membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Dinie Rashid dan Fadh Majid. Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Big Stage 2020 menampilkan gandingan Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara di samping barisan juri tetap, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai.

Manakala, penyanyi, Misha Omar sebagai juri jemputan di pentas akhir dan tugas Presiden Netizen diwakili oleh pelakon, Elly Mazlein. -Malaysiapost

Foto Kredit: Awani