SEORANG wakil rakyat pembangkang menggesa Menteri Sumber Manusia melaksanakan audit forensik terhadap geran pembangunan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Fahmi Fadzil (PH – Lembah Pantai) berkata ia perlu agar tatakelola SIP dapat diperbaiki, kata pemimpin PKR itu di Dewan Rakyat.
“Ini memandangkan niat di sebalik SIP adalah untuk membantu dan memperkasakan rakyat… bukan sebaliknya.
“Jangan sampai diharapkan pagar, pagar makan padi!,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membangkitkan isu laporan Ketua Audit Negara bahawa RM40.35 juta geran pembangunan SIP telah digunakan tanpa menepati tujuan. – Malaysiapost

