Ketika PN akan tukar simbol, Zahid kata Neraca terus jadi harapan rakyat 

0
2

SIMBOL neraca yang melambangkan gabungan parti Barisan Nasional (BN) akan kekal berpaksi pada asas paling kukuh untuk rakyat demi rakyat, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Presiden Umno itu berkata ia akan terus memayungi kemakmuran dan kesejahteraan segenap kehidupan rakyat. 

Pengerusi BN itu berkata, neraca telah menjadi lambang sebuah perikatan yang saling bekerjasama, kestabilan serta perpaduan yang luhur. 

“Inilah satu-satunya lambang BN sejak dulu hingga kini. Hari silih berganti simbol BN terus terpahat dalam politik jasa dan budi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.  

Ahmad Zahid berkata, logo BN berlambangkan neraca dan berlatar belakang warna biru tua itu telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia terutama ketika menghadapi pilihan raya umum.  

“Logo BN dacing berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna nilakandi.  

“Bendera ini pernah menjadi panji terhebat memacu kegemilangan negara. Berbakti di serata pelusuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya.  

Terdahulu, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) yang bakal menjadi seteru BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang mengubah suai logo bagi memastikan pengundi tidak terkeliru untuk mengundi PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here