Masih tiada petunjuk baharu kehilangan bekas personaliti TV3

0
2

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) serta balai polis di seluruh Selangor turut membantu IPD Shah Alam mengesan jejak Zalina Azman, bekas personaliti TV3 yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu ditemui berhubung pencarian itu.

“Skop pencarian adalah seperti hebahan yang dibuat oleh pihak media di seluruh negara.

“Kami juga mohon semua IPD dan balai untuk membantu dalam skop pencarian Orang Hilang (OH) ini.

“Sehingga sekarang belum ada maklumat baru,” katanya memetik Harian Metro.

Beliau berkata, polis juga masih terus mengesan pekerja yang pernah melakukan pengubahsuaian kediaman Zalina bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari bekas pembaca berita TV3 itu.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia di talian 016-3375269,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here