Bertembung Toyota Hilux hilang kawalan punca korban lima beranak

0
2

PUNCA kemalangan di Kilometer 62 berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, yang mengorbankan lima sekeluarga disebabkan bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dari arah Gerik menghala Jeli, dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki lima ahli keluarga dari arah Jeli ke Gerik.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut pemandu serta empat lagi penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah, manakala pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux yang berasal dari Tumpat cedera serta dirawat di Hospital Jeli,” katanya memetik Kosmo Online.

Mior Faridalathrash turut mengesahkan identiti lima mangsa yang maut iaitu pasangan suami isteri, anak perempuan mereka, menantu serta cucu perempuan.

Mereka ialah Mohd Rodhi Othman, 64; isterinya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, anak perempuannya, Siti Aishah, 32, menantu Ahmad Khomaini Baba, 32; serta cucu Zara Hana, 6.

Semalam, media melaporkan lima termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa JRTB Gerik-Jeli, kira-kira jam 3 petang.

Ketika kejadian mereka dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Dua, Butterworth, bagi menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia. – Malaysiaapost

Kredit Foto: Kosmo Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here