Logo baharu selesaikan isu salah pangkah pengundi PN

0
3
logo PN

PENGGUNAAN logo baharu akan menyelesaikan isu berkaitan salah faham dan ‘salah pangkah’ dalam kalangan pengundi Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Kasim, berkata mesyuarat PN yang akan diadakan dalam masa terdekat akan membincangkan agenda meluluskan logo PN baharu.

“Saya tertarik dengan pemakluman terkini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata bahawa satu mesyuarat khas dalaman PN akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Antara lain akan membincangkan agenda meluluskan penggunaan logo PN yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, setelah logo baharu diluluskan, tugas ahli adalah mempromosi seluas mungkin logo baharu berkenaan.

Ujarnya, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya awal-awal ingin ingatkan kepada penyokong PN bahawa cytro Umno/BN sedang ‘standby’ untuk kutuk dan hina logo PN yang baru nanti.

“Persetankan tindakan cytro Umno/BN dan teruskan agenda yang telah dirancang. Biarkan mereka kutuk dan akhirnya ‘mileage’ promosi percuma akan dapat pada PN nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here