SEMPENA ulang tahun ke-69 usianya semalam, Datuk Seri Najib Razak berharap Malaysia bangkit kembali ke landasan yang stabil dan makmur.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanta semalam.
“Ramai yang tag saya dengan ucapan selamat ulangtahun kelahiran saya. Saya ada baca.
“Terima kasih kepada semua yang ingat hari jadi saya. Terima kasih atas doa dan ucapan semua. Memberikan saya semangat dan kekuatan juga.
“Saya doakan agar saudara-saudari dan rakyat Malaysia semua terus dilindungi dan diberkati. Semoga Malaysia bangkit kembali ke landasan yang stabil dan makmur. Insya-Allah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

