Ericsson komited giat rangkaian 5G, pelaburan di Malaysia

0
3

SYARIKAT telekomunikasi gergasi dari Sweden, Ericsson komited untuk terus mempergiatkan aktiviti dan pelaburan termasuk rangkaian liputan 5G di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Facebook setelah menerima kunjungan hormat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group, Borje Ekholm, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan tertumpu kepada status terkini Pelaksanaan Rangkaian 5G di Malaysia yang mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G.

“Justeru, saya menaruh keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri.

“Malah, Ericsson juga komited untuk terus mempergiatkan aktiviti dan pelaburan di Malaysia setelah 57 tahun bertapak di Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Ismail Sabri turut berharap pelaksanaan rangkaian 5G mampu memberi impak positif terhadap liputan komunikasi kepada Keluarga Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here