JKM pantau kanak-kanak mangsa dera ibu bapa angkat

0
2

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) kini memantau keadaan kanak-kanak perempuan yang diselamatkan polis pagi tadi, selepas dipercayai didera ibu bapa angkatnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata selain pemantauan, pihaknya juga mengarahkan pasukan JKM melakukan advokasi terhadap kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu di Hospital Kajang.

“Saya mengambil maklum dan amat prihatin terhadap kes dera melibatkan seorang kanak-kanak bernama Alia yang tular di media-media sosial.

“Awal pagi tadi saya telah meminta team Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar pasukan untuk memantau dan membuat advokasi terhadap kanak-kanak tersebut yang kini berada di hospital Kajang,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, pelindung daripada Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Langat juga sedang menyediakan pelan perancangan terbaik sebelum kanak-kanak berusia tiga tahun itu dibenarkan untuk discaj.

“Pastinya seluruh masyarakat Malaysia cakna dan prihatin terhadap kejadian yng berlaku. InsyaAllah Kebajikan anak kecil ini akan dilindungi oleh JKM sehingga kes selesai,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, polis bertindak menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun daripada terus didera ibu bapa angkatnya dalam satu serbuan di sebuah Taman perumahan di Beranang, Selangor, awal pagi tadi.

Serbuan itu susulan laporan polis yang diterima berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak terbabit dipukul dan dipaksa makan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here