Rizal Van Geyzel mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan hantar komunikasi jelik

0
2

PELAWAK dan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dihadapkan ke mahkamah dengan tiga tuduhan menghantar komunikasi jelik melalui laman Facebook, Instagram dan TikTok.

Lelaki itu atau nama sebenarnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, lapor Berita Harian.

Rizal yang berkemeja putih dan memakai seluar slek biru muda hanya menjawab ‘tidak’ apabila ditanya jurubahasa sama ada mengaku salah atau tidak terhadap tiga pertuduhan berkenaan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia yang selaku Orang Kena Saman (OKS) berdepan tuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Pada 13 Julai lalu, dia ditahan pasukan USJT Bukit Aman susulan penularan videonya yang didakwa mempersendakan orang Melayu di media sosial.

Tindakan tersebut diambil susulan laporan polis yang dibuat lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap lelaki berkenaan di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here