‘Jangan guna TikTok remehkan isu serius, kedaulatan negara’ – Shahrir Samad

0
2

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad mengkritik tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggunakan aplikasi TikTok untuk meremehkan isu serius termasuk berhubung isu kedaulatan negara.

Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu, berkata teguran itu dibuat kerana apabila sesuatu perkara terutama isu serius termasuk membabitkan kedaulatan negara diterangkan menerusi TikTok ia umpama ‘drama’ tanpa pengesahan fakta.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan video berkenaan pula akan ‘terpukau’ dengan isu yang dibangkitkan tanpa memahami perkara sebenar yang berlaku.

“Bila bercerita secara Tik Tok ianya bagaikan drama tanpa mengesahkan fakta. Orang terpukau melihat dan mendapat ‘message’ yang nak disampaikan itu tanpa mendapat kefahaman sepenuhnya.

“Isu yang begitu ‘serious’ seperti isu kedaulatan negara boleh sahaja diremehkan dalam Tik Tok.

“Takkan urustadbir negara hendak dilakukan melalui lakonan/persembahan di TikTok,” katanya menerusi Facebook.

Syed Saddiq adalah antara Ahli Parlimen yang aktif menggunakan aplikasi TikTok dalam mengulas isu negara termasuk video terbaharu mengenai desakan membahaskan isu tuntutan waris Sultan Sulu di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here