Sarah Hildebrand sertai tentera udara AS

0
1

PELAKON Sarah Hilderbrand memaklumkan dirinya terpilih menjadi salah seorang kadet tentera udara Amerika Syarikat (AS).

Berita itu dimaklumkan wanita berdarah campuran AS, Jerman dan Melayu itu menerusi hantaran di Instagramnya, memaklumkan secara rasmi telah menyertai tentera udara dan seperti bersedia untuk mula berkhidmat dalam pasukan beruniform berkenaan.

Sarah turut berkongsi beberapa gambar dan video selain kapsyen pendek yang menyatakan segalanya tidak mustahil dan luahan kesyukuran atas pencapaiannya itu.

“Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini,” tulisnya.

Turut dikongsikan keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperolehi.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat di atas keputusan yang diambil Sarah untuk terjun ke bidang ketenteraan.

Terdahulu, pelakon dan pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air sekitar April lalu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara AS bernama Otto Gillen pada 3 November 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here