PENGASAS bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal van Gayzel dijangka dituduh di mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.
Ia susulan persembahan komedi yang didakwa cuba memperlekeh serta berbaur perkauman.
Dia dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah dan Mahkamah Cyber Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.
Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 14 Julai lalu, media melaporkan lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sebelum direman keesokan hari bagi membantu siasatan penularan dua klip video di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sehari. – Malaysiapost

