Gagal bayar denda, lelaki hina Islam ke Penjara Kajang

0
3

PENGHANTAR makanan yang didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini atas kesalahan menghina Islam, dihantar ke Penjara Kajang, bagi menjalani hukuman selepas gagal membayar denda.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman sosial YouTube, minggu lalu.

Mahkamah turut memerintahkannya dikenakan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada 17 Julai lalu, media melaporkan seorang lelaki yang menghina Islam menerusi satu rakaman video ditahan di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here