Syed Saddiq kini kluster mahkamah juga – Asyraf Wajdi 

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan status Ahli Parlimen Muar, Syed saddiq Abdul Rahman kini boleh dikira sebagai ‘kluster mahkamah’. 

Ia susulan Presiden MUDA itu sedang berdepan perbicaraan di mahkamah melibatkan kes rasuah. 

“Sebelum ini macam-macam dia menggelar, memfitnah dan menuduh Umno dengan pelbagai gelaran seperti perompak, pencuri, penyamun dan lain-lain. Tidak berhenti juga meratib kluster mahkamah. 

“Hari ini di Mahkamah Tinggi, satu demi satu pendedahan dibuat oleh pelbagai saksi, bagaimana wang RM1 juta boleh diagih-agihkan dalam kalangan Exco Armada PPBM (Bersatu) sehari selepas SPRM menggeledah kediaman Syed Saddiq,” kata Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebooknya. 

Beliau bagaimanapun berkata, prinsip Umno masih sama, selagi mahkamah belum mensabitkan kesalahan dan segala proses perundangan selesai sehingga ke peringkat tertinggi Mahkamah Persekutuan, tidak perlulah terbawa-bawa dengan perangai untuk menghakimi sebelum dihakimi.  

“Prinsip keadilan “Innocent until proven guilty” bukan hanya terpakai untuk kawan tetapi juga lawan! Apa-apapun ini dah boleh dikira sebagai ‘kluster mahkamah’ jugalah ya,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here